Thursday, 23 February 2012

Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam - "ALLAHU AKBAR"

Tarikh yang tidak dapat di lupakan oleh semua rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam, iaitu pada setiap 23 Februari.  Tarikh yang menyatakan ketidak bergantungan negara kami kepada sesiapa pun untuk memajukan negara sendiri.  Ini juga bermakna rakyat Brunei dapat menikmati hasil mahsul negara 100% dan dapat mengatur langkah pentadbiran dengan acuan Brunei asli.

Disempena menyambut hari kemerdekaan ini kita berdoa agar keamanan, ketenteraman dan kesejahteraan serta keredhaan Allah sentiasa bersama Negara dan Rakyat Brunei.  Ya Allah peliharakanlah negara kami berserta isinya dengan hidayah dan petunjuk-Mu, agar kami senentiasa ingat kepada-Mu dan mendapat keselamatan hidup dunia dan akhirat, amin ya Rabbal 'Alamin

No comments:

Post a Comment