Monday, 12 March 2012

Perbincangan tentang Telekomunikasi&Rangkaiannya;


DEFINISI

TELE= sesuatu yang jauh


COMMUNICATION= memberikan, menyampaikan atau pertukaran fikiran,maklumat, pendapat, pengetahuan, maklumat dalam bentuk isyarat dan juga bunyi seperti memberi ucapan, menulis dan tingkahlaku.


Telekomunikasi

Pada dasarnya merupakan komunikasi elektronik jarak jauh, sama ada satu atau dua hala. Ini termasuklah komunikasi menggunakan, radio, televisyen, telefon dan komputer.  Banyak jenis maklumat boleh dihantar melalui sistem telekomunikasi termasuk suara dan muzik, gambar dan gambar boleh bergerak, fail komputer dan aplikasi serta data telegraf.  Pusat telekomunikasi moden terlibat dalam masalah penghantaran jumlah maklumat yang banyak dalam jarak yang jauh tanpa mangalami kerosakan data disebabkan oleh faktor bising dan gangguan.  Sistem telekomunikasi merupakan semua sistem atau komponen yang terlibat dalam proses penghantaran maklumat tersebut.  Maklumat yang disampaikan dianggap sebagai data (komunikasi) . Data diwakili oleh beberapa bentuk tenaga electromagnetic seperti electricity, radio waves, lights. Data-data kemudian disampaikan melalui medium seperti wayar, kabel, atmosphere.


Gedung manusia-pengguna komputer, memainkan peranan penting untuk mencipta, menganalisis, dan membangunkan sistem serta mengawal fungsi komputer. Terdapat dua jenis pengguna iaitu penguna profesional dan juga penguna biasa.(End User).. Penguna profisional adalah seperti juruteknik komputer dan pengguna biasa seperti kerani. Perbezaan diantara mereka adalah pengguna profisional menerima latihan yang khusus dalam teori dan aspek teknikal manakala pengguna biasa hanya tahu menggunakan tanpa mendapat latihan yang khusus.


No comments:

Post a Comment