- Dapat meningkatkan produktiviti profesion keguruan Membantu guru pendidikan
Islam dalam meningkatkan kualiti dalam pengurusan dan pentadbiran.
Contohnya, membuat rekod pengajaran harian. Meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran guru pendidikan Islam . Contohnya, guru membuat blog sendiri
untuk memudahkan pengajaran. Guru dan pelajar boleh menggunakan email.
Contohnya, soal jawab melalui email walaupun berada di luar waktu kelas.
- Komputer literasi Pelajar dapat menggunakan komputer dengan betul.
Contohnya,pelajar tahu nama-nama komponen komputer dan fungsi-
fungsinya. Pelajar boleh membuat tugasan dengan menggunakan program di
dalam komputer. Contohnya, dengan menggunakan powerpoint. Pelajar tahu
menggunakan tulisan jawi dan software al-quran dalam membuat tugasan.
- Pembelajaran melalui komputer Pelajar dapat mencari maklumat tentang
subjek pendidikan Islam. Contohnya, mencari gambar-gambar bangunan yang
bersejarah dalam tamadun Islam. Boleh melatih pelajar untuk
meningkatkan kemahiran menggunakan komputer. Contohnya,pelajar tahu cari
bahan dengan enjin penggelintar. Pelajar boleh memuat turun nota-nota
atau latihan untuk subjek pendidikan Islam. Contohnya, melalui
e-learning.
- Komputer sebagai alat pembelajaran Pelajar dapat belajar menggunakan
modul berbentuk softcopy yang disediakan oleh guru. Contohnya,
memperdengarkan rakaman bacaan al-Quran mengikut tajwid yang betul.
Dapat meransang minat pelajar untuk belajar . Contohnya,belajar dengan
komputer, guru boleh memaparkan gambar yang menarik. Pelajar dapat
mencapai hasil pembelajaran dengan menggunakan komputer. Contohnya,
dengan teka silang kata, atau permainan lain yang disediakan oleh guru.
No comments:
Post a Comment